teringat kisah 3 orang buta dengan seekor gajah.
disebabkan ketiga2 mereka buta sedari kecil, maka mereka memang tak pernah melihat gajah.
maka apabila lelaki buta pertama menyentuh belalai gajah, dia berpendapat yang gajah ini lebih kurang ular.
lelaki kedua menyentuh kaki gajah, dia berpendapat yang gajah itu keras dan besar umpama batang pokok.
lelaki yang ketiga menyentuh gading gajah pula berpendapat yang gajah itu tajam.
adakah mereka salah? tidak kerana kesemua itu ciri2 gajah. ianya menjadi salah bila salah seorang dari mereka mengatakan yang HANYA pendapat mereka yg saja betul dan tak mahu menerima pendapat pendapat dan pandangan orang lain.
adab ketika melontarkan pendapat dan pandangan, kalau berani mengeluarkan atau memperdengarkan pendapat kita, kita perlu juga mendengar pendapat orang lain dengan hati dan akal yg terbuka. dari situ ilmu itu bercambah menjadi lebih besar cabangnya.
tapi kalau berkecil hati dan mudah terasa, atau meluahkan pendapat semata2 untuk menang, sia2 lah pendapat itu.
ada otak, pakai,
ada hati, buka.