Friday, 28 June 2013

Satu Hari Yang Aman


Satu persoalan yang sering bermain diminda aku..

Adakah satu hari yang benar-benar aman didunia ini? aman dari peperangan, aman dari penindasan, aman dari jenayah, aman dari sengketa sesama manusia?

Ada benarnya kata-kata pujangga, "Dalam kumpulan haiwan tiada manusia, tapi dalam kumpulan manusia banyak haiwan"

Apa-apa pun dunia ini hanya perjalanan. Bukan destinasi kita. Seperti orang yang sedang mengembara menuju ke destinasi yang dihajati, perjalanan tak semestinya indah dan abadi.

Semoga kita semua senantiasa dibawah lindungan Illahi.

Wednesday, 26 June 2013

Hipokrasi Insan


Diatas adalah salah satu contoh sifat semulajadi manusia yg pelik.



  "Di Bukit Gambir, Pulau Pinang, hutan dihapuskan tapi kerajaan DAP Pulau Pinang langsung tidak kisah. Ya Allah Ya Tuhanku, tolonglah selamatkan Bukit Gambir ini daripada dimusnahkan"



Aku bukanlah penyokong tegar mana-mana parti politik. Aku lebih percayakan apa yang bakal disumbangkan kepada rakyat marhaen.

Jadi aku ingin bertanya dalam kes seumpama ini, kerajaan yang dipimpin oleh parti politik manakah yang tidak menebang hutan atas nama pembangunan?
ironinya, semuanya ada terlibat, jadi tak perlulah berhipokrasi seolah-olah kapten planet tapi sama saja.

sebaliknya kalau bersungguh-sungguh nak selamatkan alam, ketatkan perundangan untuk semua pihak, bukannya untuk pihak lawan tapi butakan mata untuk pihak sendiri. Jangan hipokrit sangat lah!

Sunday, 9 June 2013

Kisah Pondok Usang



Ada sebuah pondok ditepi jalan.
Pondok ini tempat main nya kanak-kanak bersama rakan-rakan mereka. 
Pondok ini juga tempat musafir melepaskan penat dan berehat sebelum meneruskan pengembaraan.
Pondok ini juga tempat teduhan pengguna jalan bagi menanti redupnya sinar mentari, dan redanya hujan badai sebelum menuju ke destinasi yang ditujui.

Seiring dengan masa yang berlalu, pondok ini menjadi usang dan terbiar.
Tiada lagi kanak-kanak datang bermain disitu. Mereka lebih gemar bermain dengan teknologi dan taman-taman tema.
Tiada lagi musafir yang singgah kerana lebih selesa melepaskan penat dihotel-hotel ataupun surau-surau.
Tiada lagi orang yang berhenti berteduh ketika hujan kerana rata-ratanya sudah mampu berbumbungkan kenderaan berkuasa kuda.

Akhirnya pondok buruk itu tumbang menyembah bumi.
Tidak ada siapa yang peduli...