Thursday, 16 January 2014

Sudut Lain Kehidupan


Dalam berita tv9 biasanya ada satu segmen mengenai mereka-mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan/memohon bantuan dan pertolongan orang ramai untuk meneruskan hidup.
ada pelbagai kisah disini antaranya kanak-kanak yang menghidapi penyakit kompleks dari kecil, keluarga yang menderita selepas ibu/bapa penjaga jatuh sakit atau meninggal dunia, warga emas yang tinggal dalam 'rumah' yang tiada kemudahan asas dan bermacam-macam kisah lagi.

Antara yang terselit didalam cerita mereka ialah bilamana permohonan bantuan mereka tidak diluluskan kerana dikatakan tidak layak. Antaranya kisah Mak Cik Kiah di Pokok Sena (yang disiarkan pada 16/01/2014). menurut makcik tersebut, tidak ada pun pegawai yang datang memeriksa selepas permohonan dikemuka, tahu-tahu sahaja diberitahu permohonan tidak diluluskan.
Pada mata aku, sekalipun didalam borang itu mungkin makcik Kiah menyatakan yang dia mempunyai rumah, tetapi ia kelihatan lebih kepada sebuah pondok usang berbanding rumah.