Wednesday, 26 December 2012

Anak dan Teknologi

  
Kalau nak memupuk anak membaca buku,
Berilah mereka biasa-biasakan diri dengan buku.

Kalau nak memupuk anak-anak membaca buku,
Kita sendiri perlu membaca buku. 

Tuesday, 25 December 2012

Aktiviti Maghrib


Semasa kecil dulu, waktu maghrib mmg sinonim dengan solat maghrib diikuti dengan pergi mengaji di rumah Mak Cik Mek (cikgu mengaji area2 rumah lama). Habis mengaji sekitar 8pm-8.30pm.
Kalau habis mengaji awal dan xde kerja rumah, 8.30pm la bru balik, klu sebaliknya, secepat mungkin nak balik.

Sewaktu sekolah menengah ( berasrama), aktiviti lepas maghrib samada bacaan Al-Ma'thurat, Yassin, Hafazan ataupun kuliah maghrib oleh para pendidik kami.

Habis zaman sekolah, zaman IPT pulak, selalunya seminggu 2 kali selepas maghrib ada usrah + halaqah. Amalan2 sunat lain seperti diajar semasa sekolah semakin berkurangan, senang cerita terpulang kepada pilihan sendiri.

Sunday, 23 December 2012

Peminat vs Penyokong (Fan vs Supporter)


Menurut google.com, peminat (fan) ialah seseorang yang mempunyai minat yg kuat atau mengagumi sukan, seni hiburan atau pun individu terkenal yg tertentu (A person who has a strong interest in or admiration for a particular sport, art or entertainment form, or famous person.).

Penyokong (supporter) ialah individu yang menerima dan menggalakkan seseorang atau sesuatu ataupun individu yg secara aktif berminat dan mengharapkan kejayaan pada sesuatu kumpulan sukan  (1. A person who approves of and encourages someone or something (typically a public figure, a movement or party, or a policy OR 2. A person who is actively interested in and wishes success for a particular sports team.).

Dengan kata lain, peminat adalah seseorang yg minat pada bakat ataupun pencapaian sesuatu entiti.
Manakala penyokong adalah seseorang yg berada dibelakang sesuatu (yg disokong) baik semasa naik mahupun jatuh dengan mengharapkan kejayaan pada entiti yg disokong.

Monday, 10 December 2012

Otak, Akal dan Ilmu


Baru-baru ini,ada beberapa orang yang asyik-asyik merungut benda yang sama.

Contohnya: "Apa benda yang kita belajar kat sekolah@universiti dulu bukan guna pun lepas habis belajar"
                   "Belajar ni stakat nak lulus@graduate je, nanti kerja bukan guna pun semua-semua ni"

Memang tak dapat dinafikan, apa yang mereka rungutkan tu juga betul, tapi bagi aku, betul bukan datang dari satu sudut saja (kecuali bagi sumber yang tak boleh didangkal seperti Al-Quraan dan Hadith).