Sunday, 9 June 2013
Kisah Pondok Usang
Ada sebuah pondok ditepi jalan.
Pondok ini tempat main nya kanak-kanak bersama rakan-rakan mereka.
Pondok ini juga tempat musafir melepaskan penat dan berehat sebelum meneruskan pengembaraan.
Pondok ini juga tempat teduhan pengguna jalan bagi menanti redupnya sinar mentari, dan redanya hujan badai sebelum menuju ke destinasi yang ditujui.
Seiring dengan masa yang berlalu, pondok ini menjadi usang dan terbiar.
Tiada lagi kanak-kanak datang bermain disitu. Mereka lebih gemar bermain dengan teknologi dan taman-taman tema.
Tiada lagi musafir yang singgah kerana lebih selesa melepaskan penat dihotel-hotel ataupun surau-surau.
Tiada lagi orang yang berhenti berteduh ketika hujan kerana rata-ratanya sudah mampu berbumbungkan kenderaan berkuasa kuda.
Akhirnya pondok buruk itu tumbang menyembah bumi.
Tidak ada siapa yang peduli...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment