Thursday, 16 January 2014
Sudut Lain Kehidupan
Dalam berita tv9 biasanya ada satu segmen mengenai mereka-mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan/memohon bantuan dan pertolongan orang ramai untuk meneruskan hidup.
ada pelbagai kisah disini antaranya kanak-kanak yang menghidapi penyakit kompleks dari kecil, keluarga yang menderita selepas ibu/bapa penjaga jatuh sakit atau meninggal dunia, warga emas yang tinggal dalam 'rumah' yang tiada kemudahan asas dan bermacam-macam kisah lagi.
Antara yang terselit didalam cerita mereka ialah bilamana permohonan bantuan mereka tidak diluluskan kerana dikatakan tidak layak. Antaranya kisah Mak Cik Kiah di Pokok Sena (yang disiarkan pada 16/01/2014). menurut makcik tersebut, tidak ada pun pegawai yang datang memeriksa selepas permohonan dikemuka, tahu-tahu sahaja diberitahu permohonan tidak diluluskan.
Pada mata aku, sekalipun didalam borang itu mungkin makcik Kiah menyatakan yang dia mempunyai rumah, tetapi ia kelihatan lebih kepada sebuah pondok usang berbanding rumah.
Kenapa situasi ini berlaku? macam mana sebenarnya prosedur standard operasi pihak-pihak berkenaan?
Selain itu, sekitar tahun lepas (maaf sebab tak ingat kes dan tarikh siaran) kalau tak silap, ada juga kes dimana suami/isteri yang terpaksa menanggung keluarga yang agak ramai (ditambah pula dengan beberapa ahli keluarga yang menghadapi masalah kesihatan kronik) dengan gaji yang kecil dan bantuan sekitar kurang dari rm300.
Dengan keadaan situasi semasa dimana kos sara hidup rakyat semakin meningkat, bantuan yang sememangnya kecil itu menjadi lebih kecil lagi bagi mereka.
Bagaimanakah pihak-pihak berwajib menilai/ mengambil kira situasi ini?
Adakah perlu lagi mereka-mereka yang sedia susah ini datang memohon lagi rayuan-rayuan agar permohonan mereka diterima atau ditambah nilainya?
Mungkinkah ada s.o.p sedia ada/baru supaya pihak-pihak bertanggungjawab membantu rakyat ini turun sendiri mencari rakyat yang menghadapi kesukaran dalam hidup mereka?
Atau adakah ianya memadai dengan hanya duduk pejabat sepanjang waktu pejabat menanti mereka-mereka ini datang memohon merayu berulang kali? atau adakah ianya memadai untuk hanya turun sekali sekala membantu? atau hanya bertindak selepas ianya tersiar dalam media?
Harapnya mungkin pihak-pihak berkenaan dapat memperkasa dan menilai semula usaha-usaha mereka yang sedia ada, samada adakah ianya memadai/berkesan atau sekadar ada sahaja. mungkin boleh ditubuhkan unit-unit khas untuk turun memantau setiap ceruk pelusuk daerah agar mereka yang kurang bernasib baik ini dapat dibantu.
Bagi rakyat biasa seperti aku dan kalian, bolehlah mula membantu pihak berwajib ini untuk melaporkan kalau ada yang kurang bernasib baik dikalangan kita. bagaimana? cara paling asas, kenal jiran tetangga, aktif dalam aktiviti kejiranan. sebab kadangkala tanpa kita sangka, orang yang memerlukan itu sebenarnya berhampiran kita.
Amat sedih jika satu hari nanti, orang yang melakukan jenayah didalam negara ini adalah terdiri daripada mereka-mereka yang benar-benar susah, buntu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menyara diri dan keluarga mereka.
Ambil sejenak setiap hari sebelum tidur, fikirkan, adakah kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah didunia ini? tatkala kita tidur ditilam empuk, adakah saudara kita yang tidur beralaskan bumi berbumbungkan langit?
Sama-sama kita renungkan.
Wallahua'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment