Tuesday, 15 January 2013

Kitaran Soalan Kehidupan



Semasa sekolah rendah:
"Exam dapat berapa A? Anak acik dapat semua A"
"Dalam kelas dapat nombor berapa? Anak acik dapat no1"

Selepas tu UPSR dan sekolah menengah PMR:
"UPSR/ PMR dapat berapa A? Anak acik dapat 5A/8A je"
"Mintak pergi sekolah mana? Anak acik dapat sekolah berasrama yg top tu"

Selepas SPM:
"SPM dapat berapa A? Anak acik dapat 11A1 je"
"Dapat U mana? Ambil jurusan apa? Anak acik tu dapat oxford, amik Medic"



Semasa zaman U dan sehingga graduasi:
"Buat kos apa? Oo kos art.."
"Berapa pointer sekarang?"
"Dah habis belajar ke?"

Selepas graduasi:
"Dah dapat kerja? Anak acik keje kat syarikat top, jadi pengurus dah"
"Kerja mana sekarang?"
"Gaji berapa? Gaji ribu2 anak acik"

Tak lama selepas itu:
"Bila nak kawin? Anak acik dah kawin lama dah, ko bile lagi?"
"Dah ada girlfriend/boyfriend?"

Selepas berkahwin:
"Dah ada anak? Berapa orang dah? Anak acik dapat anak 2 dah, kembar lagi"

Selepas dah ada anak:
"Berapa orang dah?"
"Anak exam dapat berapa?"

Lepas anak dah besar:
"Anak buat apa sekarang? Belajar mana? Kerja mana?"
"Bila nak jadi datuk/ nenek? si polan tu dah jadi nenek/datuk dah"

Semasa dah berusia:
"Eh, hidup lagi kau ye"





 Begitulah kitaran soalan-soalan yg sering berputar dalam setiap fasa kehidupan kita, baik dari generasi terdahulu hinggalah generasi pengganti kita nanti.

Memang tak dapat dinafikan soalan-soalan sebigini baik dimana-mana fasa pun mmg sering mendatangkan tekanan jika tiada progress. Ditambah pula rakan-rakan sebaya progress mereka jauh advance ke hadapan seperti dah ada anak 2,3.. dan ak kawin pun belum hehe.

Sabor sajelah labu, nasib setiap org tak sama, kalau sama tak uniklah kan? haha

No comments:

Post a Comment