Wednesday, 26 December 2012

Anak dan Teknologi

  
Kalau nak memupuk anak membaca buku,
Berilah mereka biasa-biasakan diri dengan buku.

Kalau nak memupuk anak-anak membaca buku,
Kita sendiri perlu membaca buku. 



Aku kurang selesa dengan tindakan segelintir ibubapa yg membiasakan anak-anak mereka dengan gajet-gajet canggih seperti 'smartphone' atau 'tab' seawal mereka baru hendak mengenal dunia.

Ya sememangnya gajet-gajet itu gerbang maklumat juga, tp perlu diingat pelbagai maklumat baik yg positif mahupun negatif boleh diakses melaluinya...

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya"

Diperingkat awal pembesaran sepatutnya diisi dengan sesuatu pelan perkembangan anak-anak yg mampan bagi memastikan anak-anak ini ada pegangan yg kukuh, tahu asal usulnya, agamanya, adat budayanya.
(Ya, ibubapa perlu ada pelan perancangan perkembangan anak-anak, bukan menyerahkannya secara bulat-bulat kepada kementerian pendidikan).

Ini kerana diperingkat awal ini ibubapa adalah satu ikon penting bagi anak-anak sebagai contoh untuk berdepan dengan pancaroba dunia. Ini merupakan fasa penting kerana sebaik sahaja anak-anak sudah mula berhubungan dengan dunia luar melalui kawan-kawan ataupun teknologi tanpa sempadan ini, kedudukan tggi ibubapa pada anak-anak semakin jatuh kerana 'keseronokkan' mempunyai kawan yg lebih sebaya dan sekepala.

Sememangnya pada masa itu, mmg akan ada konflik dalam diri anak-anak yg sedang membesar dalam mencari identiti mereka yg tersendiri. Itu proses biasa!


Jadi sekiranya memberi pendedahan terlalu cepat dengan gajet-gajet ini tanpa asas dalaman yg kukuh, ia seumpama merancang kegagalan anak. Tak salah memberi pendedahan teknologi pintar itu ini, cuma tolong pastikan asas-asas penting lain diterap dahulu,

Rasa-rasanya pasti kalian tahu apakah asas-asas yg perlu diterapkan dulu kan? 


No comments:

Post a Comment