Sunday, 23 December 2012

Peminat vs Penyokong (Fan vs Supporter)


Menurut google.com, peminat (fan) ialah seseorang yang mempunyai minat yg kuat atau mengagumi sukan, seni hiburan atau pun individu terkenal yg tertentu (A person who has a strong interest in or admiration for a particular sport, art or entertainment form, or famous person.).

Penyokong (supporter) ialah individu yang menerima dan menggalakkan seseorang atau sesuatu ataupun individu yg secara aktif berminat dan mengharapkan kejayaan pada sesuatu kumpulan sukan  (1. A person who approves of and encourages someone or something (typically a public figure, a movement or party, or a policy OR 2. A person who is actively interested in and wishes success for a particular sports team.).

Dengan kata lain, peminat adalah seseorang yg minat pada bakat ataupun pencapaian sesuatu entiti.
Manakala penyokong adalah seseorang yg berada dibelakang sesuatu (yg disokong) baik semasa naik mahupun jatuh dengan mengharapkan kejayaan pada entiti yg disokong.



Berikut adalah salah satu 'quote' terkenal dari penyokong-penyokong LFC:

Peminat mudah dicari, nak pula semasa tengah dipuncak, ramailah yg datang mengaku peminat setialah, peminat no 1 lah dan macam-macam lagi.

Tetapi penyokong pula lebih sukar dicari terutamanya semasa kita jatuh. Penyokong tidak pernah putus asa meletakkan harapan dan sokongan tak berbelah bahagi kepada pasukan untuk terus berjaya dan mencapai puncak teratas.

Dalam bola sepak ada satu istilah yg sinonim disebut "Glory Hunter- Any fan who only follows a team because they are successful.." @ peminat yg hanya mengikut/minat/menyokong sesuatu pasukan kerana pasukan itu berjaya.

Dari definisi itu sendiri jelas menunjukkan yg Glory Hunter datangnya dari peminat bukan penyokong (tapi tak semua peminat adalah glory hunter).
Dalam bahasa slanga yg lebih mudah, Glory hunter itu juga dikenali sebagai "lalang" kerana sifatnya seperti lalang yg tiada pendirian dan hanya mahu menumpang kemahsyuran sesuatu pasukan. Malah ada yg tak tahu banyak pasal pasukan tapi mengaku peminat setia.

Nak cari "lalang" bukanlah sukar, sila tengok kedudukan liga dan perjalanan sesuatu kelab, semakin tinggi kedudukan kelab, semakin ramai lah lalang-lalang kat situ. lagi banyak glory-glory, lagi banyak lalang-lalang kat situ. (Glory Glory Man Utd, haa...kat situ pusat lalang haha)


Nak cari penyokong-penyokong, cara yg sama juga boleh diguna pakai, tetapi lebih mudah dikesan semasa kelab berada dibawah kerana penyokong tak pernah berganjak malah setia bersama dengan pasukan baik semasa diwaktu naik, dipuncak mahupun di bawah liga. 

Liverpool FC adalah salah satu contoh yg baik untuk tgk proses pencantasan lalang-lalang dari masa ke masa. Semasa zaman kegemilangan LFC, ramai peminat2 mengaku penyokong setia lah bagai, tetapi lihat sekarang semasa LFC bukan dipuncak liga, semasa bertarung habis-habisan semata2 utk menang dengan pasukan kecil, ramai yg sudah beralih arah memilih kelab-kelab kaya yg mampu membeli pemain-pemain mahal dan berjaya dengan kadar segera. 

Jadi kebanyakkan penyokong-penyokong LFC yg ada semasa kini bolehlah dikatakan penyokong setia kerana berada teguh dibelakang kelab yg sedang berusaha utk bangkit semula.
Contoh lain adalah peminat-peminat semasa Arsenal FC. (juga kerana proses yg hampir sama dengan LFC).

Bagi kelab-kelab kaya atau yg sedang menikmati waktu puncak (Man Utd, Chelsea, Man City, Real Madrid, Barca etc2), mereka akan melalui proses ini juga nanti, waktu itu barulah tahu siapa peminat dan siapa penyokong.


Walaupun begitu, penyokong juga ada jenis-jenisnya, bukan semua nya jenis yg sentiasa mampu mengeluarkan kata-kata positif disebalik siri kegagalan, ada yg berbaur negatif atau kasar tetapi hatinya tetap tak berganjak menyokong kelab yg diwaktu 'gelap'nya walaupun boleh je beralih arah pergi menyokong pasukan-pasukan yg tengah berjaya. (satu hari nanti nk taip pulak post pasal jenis2 penyokong ni).

Jadi, persoalan yg anda perlu jawab, " Siapakah anda, penyokong ataupun peminat? "





No comments:

Post a Comment