Tuesday, 25 December 2012
Aktiviti Maghrib
Semasa kecil dulu, waktu maghrib mmg sinonim dengan solat maghrib diikuti dengan pergi mengaji di rumah Mak Cik Mek (cikgu mengaji area2 rumah lama). Habis mengaji sekitar 8pm-8.30pm.
Kalau habis mengaji awal dan xde kerja rumah, 8.30pm la bru balik, klu sebaliknya, secepat mungkin nak balik.
Sewaktu sekolah menengah ( berasrama), aktiviti lepas maghrib samada bacaan Al-Ma'thurat, Yassin, Hafazan ataupun kuliah maghrib oleh para pendidik kami.
Habis zaman sekolah, zaman IPT pulak, selalunya seminggu 2 kali selepas maghrib ada usrah + halaqah. Amalan2 sunat lain seperti diajar semasa sekolah semakin berkurangan, senang cerita terpulang kepada pilihan sendiri.
Selepas habis belajar, zaman awal di alam pekerjaan, selepas solat maghrib biasanya aku masih lagi di pejabat meneruskan kerja-kerja dunia yg tak pernah habis.
Dah masak dengan kerja-kerja dunia, barulah aku sedar yg kosongnya hidup kalau berterusan macam ni.
jadi perlahan-lahan (sehingga kini) cuba membiasakan diri semula dengan apa yg telah diajari.
Aku cuba bertanya pada rakan-rakan semasa pasal aktiviti maghrib, menonton drama 7pm antara yg paling bnyk didengari. Aku cuba mengalami pengalaman mereka, ternyata tak guna betul drama-drama waktu maghrib ni. aku tak faham mcmmana org boleh begitu mengikuti sebegitu konsisten, sedangkan ceritanya sama wataknya yg berbeza.
ya, rata-rata mengatakan tgk sesudah maghrib... bermakna selepas solat maghrib yg singkat, bakinya diteruskan menonton drama...
ya, sama ruginya dgn masa lalu yg terhabis dipejabat selepas maghrib...
Aku bukan malaikat nak bersyarah, bukan ulama' nak menunjuk pandai...
jadi aku berdoa agar kita semua menjadi mu'min yg semakin baik dari hari ke hari..
Sama-sama kita berubah sedikit demi sedikit...
p/s: Jangan mengharapkan generasi pelapis yg mampan dan mantap kalau kebanyakkan masa kita diisi dengan aktiviti keduniaan. Kita adalah model generasi pelapis yg sedang membesar. Jom berubah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment