Monday, 10 December 2012

Otak, Akal dan Ilmu


Baru-baru ini,ada beberapa orang yang asyik-asyik merungut benda yang sama.

Contohnya: "Apa benda yang kita belajar kat sekolah@universiti dulu bukan guna pun lepas habis belajar"
                   "Belajar ni stakat nak lulus@graduate je, nanti kerja bukan guna pun semua-semua ni"

Memang tak dapat dinafikan, apa yang mereka rungutkan tu juga betul, tapi bagi aku, betul bukan datang dari satu sudut saja (kecuali bagi sumber yang tak boleh didangkal seperti Al-Quraan dan Hadith).



Secara peribadi,Ilmu itu segala maklumat dari hasil kajian, pengalaman dan fitrah alam.

Otak itu 'alat' menyimpan maklumat dari medium deria (sentuhan, penglihatan, bauan, pendengaran, gerak hati). Baik dari maklumat yang memang diniatkan untuk disimpan didalam otak mahupun yang tidak terniat untuk disimpan didalam otak.

Akal itu aplikasi penggunaan otak. Macam mana ilmu (pengetahuan & pengalaman) digunakan dalam kehidupan seharian. Samada  untuk perkembangan ilmu ataupun kelangsungan hidup.

Ilmu yang dipelajari secara umumnya adalah asas. sekiranya ia tidak digunakan, memang lah ianya sia. sebagai contoh, ilmu yang dipelajari dulu ialah psikologi, tapi bekerja sebagai tukang baiki kereta, jd memanglah terasa sia-sia.

Tetapi ramai terlupa yang tiada benda yang sia-sia didunia ini, walaupun ilmu yang dipelajari dirasakan sia-sia, tetapi secara tidak sedar iannya membantu perkembangan diri kita sendiri.

Jadi banyakkan membaca, banyakkan berdiskusi ilmu dan jangan berhenti berfikir.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment